Kebanyakkan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini dianggap agak longgar dan tiudak begitu jelas. Menurut Roger E. Miller (2971), inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Spencer pada tahun 1994 menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari teknologi pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam. Secara mudahnya, teknologi pendidikan pula merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik. Oleh itu, inovasi dan teknologi pendidikan adalah pembaharuan alat dan bahan media, organisasi yang lebih baik digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi dan inovasi dalam pendidikan sangat berguna dan amat diperlukan kerana ia dapat menjimatkan masa dan tenaga. Ia turut dapat membantu sesi pengajaran dan memudahkan tenaga pengajar serta pelajar untuk lebih memahami konsep sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.
0 Comments
|
AuthorHi, assalamualaikum. My name is Ismah Aidah Binti Muhd Helmi. I am sport and recreation student from faculty of education at UKM. I am 21 years old and i came from Rawang, Selangor. ArchivesCategories |