about my self
Hai,nama saya Ismah Aidah Binti Muhd Helmi. Saya berumur 21 tahun. Saya lahir di sebuah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan anak bongsu.Nama ibu saya ialah Hajah Padzilah Binti Hj. Ali manakala ayah saya pula ialah Hj. Muhd Helmi Bin Hj. Ismail. Ayah saya pesara di sebuah pejabat kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ibu saya pula masih bekerja di sebuah pejabat peperiksaan STPM iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Tentang pendidikan pertama saya, pada tahun 2002 saya mendapat pendidikan di tadika kemas selama 2 tahun. Kemudian saya dimasukkan ke sekolah rendah SK Sinaran Budi selama 6 tahun. Pada tahun 2011, saya menyambung pelajaran saya di sekolah SMK Rawang atau lebih dikenali sebagi SEMEKAR sehingga saya tingkatan 3. Setelah itu,saya telah ditukarkan ke sekolah yang baru di di Sungai Besar, Selangor iatu SMK Sungai Besar sehingga saya berumur 17 tahun. Setelah itu, saya menyambung pelajaran di peringkat STPM yang terletak di Sabak Bernam, Selangor dan akhirnya sekarang saya telah menyambung pelajaran ke sebuah universiti yang saya idam-idamkan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan ijarah sarjana muda Pendidikan dengan kepujian Sukan dan Rekreasi. Saya perlu meneruskan perjuangan belajar saya di UKM selama 4 tahun. Hal lain tentang diri saya ialah saya suka melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti abseling, flying fox, mandi sungai dan sebagainya. Saya juga gemar melayari internet dan menonton movie sesama waktu senggang. Saya seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru untuk mempelajari pelbagai kemahiran baru dalam hidup saya dan saya juga suka berkawan dengan semua orang. Hal ini disebabkan bagi saya setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, sebagai seorang manusia, kita tidak sepatutnya menilai seseorang hanya pada rupa, kelemahan mereka dan sejarah hidup mereka. Cita-cita saya pula, saya ingin menjadi seorang guru yang berjaya pada suatu hari nanti kerana saya ingin menjadi seorang guru seperti guru-guru yang pernah mengajar saya dan telah banyak berjasa kepada saya sehingga saya mampu berjaya ke peringkat ini.